Anggota kumpulan K-Clique iaitu Noki memaklumkan dia akan menyambut hari raya di Pantai Timur serta merasai pengalaman beraya di tempat orang.
Memetik BH Online, Noki berkata dia pernah mendengar sambutan raya di sana sangat meriah serta berseloroh mana tahu terjumpa calon isteri di negeri berkenaan.
BACA: Suka Wanita Wajah Kacukan, Noki Nak Cari Jodoh Dari Kelantan & Terengganu
“Saya teruja nak merasai pengalaman berhari raya di Kelantan dan Terengganu. Secara kebetulan, ada kawan ajak beraya di kampungnya sebab saya tak balik Sabah.
“Saya pun tak pernah beraya di sana, jadi teringin juga rasa pengalaman beraya di tempat orang. Saya dengar sangat meriah. Manalah tahu, tiba-tiba terjumpa jodoh di sana bolehlah jadi calon isteri,” katanya.
Sementara itu, Noki berkata dia tertarik dengan wanita dari Pantai Timur kerana terpikat dengan kecantikan semula jadi mereka serta kebanyakan mereka berwajah kacukan.
“Memang ada yang bertanya sebelum ini saya suka wanita dari negeri mana? Kalau diberi pilihan, saya suka wanita Kelantan dan Terengganu.
“Saya tengok kebanyakan wanita bertudung, berwajah campuran dan cantik manis, biasanya berasal dari Pantai Timur,” katanya.
SUMBER: BH Online