Mamat Rindukan Kumpulan Sepah Seperti Dulu

Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad yang pernah menganggotai kumpulan Sepah mengakui rindukan keindahan dan kemesraan bekas kumpulannya itu dan menyerahkan kepada takdir jika berpeluang untuk disatukan semula.

BACA: Tunggu Kekasih Habis Belajar, Mamat Sepah Mahu Nikah Sebelum Akhir Tahun

Mamat yang kini bertugas sebagai penyampai radio di Ultra FM menjelaskan bahawa kumpulan Sepah merupakan hasil gabungan ideanya bersama Jep sebelum mencari seorang ahli lain iaitu Shuib untuk menambahkan lagi seri kumpulan lawak itu.

“Saya rindukan kumpulan Sepah, sebelum ini pelbagai kontroversi yang tercetus tetapi sekarang ini masing-masing sudah dewasa dan matang untuk fokus kerjaya masing-masing. Permasalahan yang timbul dahulu sebenarnya telah pun selesai, hubungan saya dengan Jep pun dah pulih seperti biasa”

“Kalau ingin disatukan semula, saya hanya serah kepada takdir,” kata Mamat sambil menyatakan rasa terkilan, sedih dan pelbagai lagi perasaan setelah berkeputusan tidak bersama dengan Sepah, namun dia menganggapnya sebagai dugaan yang menjadikan dirinya lebih matang. (rtky/s)

×