“Mama Kata Saya Kena Ada 8 Boyfriend” – Ameera Khan

Pempengaruh media sosial, Ameera Khan berkata dia masih lagi belum mempunyai kekasih meskipun ada ramai kenalan lelaki.

Menerusi satu video, ibunya iaitu Datin Noor Kartini turut mendedahkan anak perempuannya itu mempunyai ramai kenalan lelaki tetapi masih belum memiliki hubungan yang serius.

BACA: Ameera Khan Tayang Kekasih Di London?

@milahbunga

HAHA ! Berdekah dengar Ameera borak ?????? #fyp #foryou #foryoupage #foryoupageofficiall #ameerakhan #littlemisskhan #sembang #borak #saturday #funny

? a dream about us – golden goofy

“Belum ada yang serius, semuanya yang kenalan. Ramai juga yang dia kenal, semua dipanggil sayang-sayang. Teman lelaki London tu pun sama, panggil my love my love. Yang orang Arab pun ada. Nakal lah Ameera ni,” katanya.

Turut menjadi perhatian apabila Ameera memberitahu selagi masih muda ibunya pernah berpesan kepadanya agar berkawan dan mengenali ramai orang supaya dapat memilih yang terbaik di antara mereka.

“Memang nakal tapi mama pernah nasihat saya. Mama kata kita ni muda, kenal dulu ramai-ramai dan pilih yang terbaik. Mama kata dulu, dia pagi keluar dengan lelaki lain, petang lain.

“Mama kata saya kena ada lapan teman lelaki. jadi sehari seorang, yang lebih seorang tu ‘backup’ kalau ada yang sibuk. Saya hanya ambil nasihat tu.

Dalam pada itu, Kartini berkata tidak salah jika seseorang itu mempunyai ramai kawan lelaki jika belum berkahwin namun selepas apabila bergelar isteri wanita itu perlu setia kepada suami.

“Bila kita dah kahwin, kita setia dengan suami. Jadi isteri yang baik. Sebelum kahwin, kita bebas berkawan,” katanya.

×