Ini merupakan satu alasan baik untuk anda hadirkan diri ke perlumbaan Malaysian F1 Grand Prix tahun ini selain adrenalin melihat barisan pasukan F1 hebat berlumba meraih gelaran.

Lagenda rock dari Amerika Syarikat, Guns N’ Roses telah di’sahkan bakal mengepalai konsert khas selepas tamatnya perlumbaan Formula 1 di Litar Antarabangsa Sepang pada 24 Mac 2013 nanti.

Axl Rose yang kini berusia 50 tahun merupakan satu satunya anggota asal kumpulan ini yang tinggal bakal hadir bersama gitaris Ron ‘Bumblefoot’ Thal, DJ Ashba, Richard Fortus (bass), Tommy Stinson (vokal), Frank Ferrer (drummer), Dizzy Reed (keyboard) and Chris Pitman (vokal).

Kehadiran Gun N’ Roses ke Malaysia adalah selepas tamatnya jelajah Australia mereka pada bulan Mac nanti. Maklumat lanjut bakal menyusul.

Tarikh: 24 Mac 2013 (Ahad)
Masa: 6.00PM – 11.00PM
Lokasi: Helipad, Sepang International Circuit

Note: Free admission for all Grandstand ticket holders only

×