Makan Karipap Pakai Sarung Tangan, Jep Sepahtu Rupanya Ada OCD

Baru-baru ini, selebriti terkenal Linda Onn mendedahkan rahsia pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu apabila dilihat makan karipap menggunakan sarung tangan plastik.

Menerusi video dikongsikan di Instagram, Jep dilihat sedang memegang sebiji karipap menggunakan sarung tangan plastik.

BACA: Ustaz Kazim Dedah Pelawak Terkenal Bayar Bil Surau & Masjid, Netizen Kata Jep Sepahtu

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Linda Onn (@lindaonn7)

Menurut Linda, dia mengatakan bahawa dia baru mengetahui mengenai perkara itu apabila bertanyakan kepada Jep dan pelawak itu mengakui ada ‘OCD’ (gangguan obsesif kompulsif). Malah, Jep turut menunjukkan sekotak sarung tangan yang dibawanya di dalam beg ke mana-mana.

“Tak ada jawapan lah. Saya ada OCD. Memang ada dalam beg.. Betul tu yang saya segan tu,” katanya.

Dalam pada itu, Linda berkata macam-macam yang perlu dilalui oleh Jep disebabkan gangguan OCD yang dihadapinya itu.

×