Mak Wan Hanya Mampu Makan Roti Untuk Elak Semput, Kesihatan Makin Merosot

Lama tak dengar cerita mengenai Mak Wan Latah, terbaru pelakon itu memaklumkan keadaan kesihatannya kini semakin merosot serta sukar untuk berjalan.

Memetik mStar Online, Mak Wan berkata dia mengalami beberapa komplikasi penyakit dan doktor turut mengesan masalah kekurangan air pada buah pinggangnya.

BACA: Mak Wan Hampir Pengsan Dengar Tuduhan ‘Sondol’ Suami Orang

“Sejak kontroversi dulu kesihatan terus merudum, tapi cuba kuatkan diri juga. Macam-macam penyakit, saya ada kencing manis, darah tinggi, masalah kolestrol dan sakit lutut.

“Terbaru, saya buat pemeriksaan kesihatan, doktor kata buah pinggang saya tak cukup air,” katanya.

Sementara itu, Mak Wan berkata dia terpaksa mengurangkan pengambilan makanan kerana masalah semput dan hanya banyak makan roti sahaja.

“Syukur Allah perlihara saya, tinggal seorang diri pun tidaklah sampai tahap murung. Cuma sekarang ni saya dah kurang makan, banyak makan roti sahaja sebab senang dan tak tersangkut di saluran pernafasan.

“Kalau makan makanan berat lain cepat semput, jadi memang kena jaga kesihatan,” katanya.

Dalam pada itu, Mak Wan berkata dia banyak beribadah dan mengumpul pahala. Katanya lagi, ujian kesihatan dilaluinya itu mungkin teguran untuknya lebih perbanyakkan ibadah di bulan Ramadan ini.

“Saya reda Allah beri ujian kesihatan ini pada saya. Mungkin ia teguran untuk saya banyakkan ibadah lebih-lebih lagi sekarang bulan Ramadan. Bila dah tua ni saya tak nak buat dosa lagi, nak cari pahala saja,” katanya.

SUMBER: mStar Online

×