“Mahu Pasangan Yang Dapat Sempurnakan Agama & Kekurangan Saya”

Usia sudah mencecah 32 tahun, pelakon Kilafairy berkata dia selesa menjalani kehidupan bujang selepas tiga tahun solo tanpa kekasih.

Memetik HibGlam, Kilafairy berkata selepas beberapa kali berdepan episod putus cinta dia belum bersedia untuk menerima kehadiran kekasih baru dan belum terfikir untuk berumah tangga dalam masa terdekat.

BACA: Netizen Tak Senang Tengok Kilafairy Pakai Baju Ketat

“Masih ada beberapa kesan (kekecewaan) dan kalau boleh saya tidak mahu lagi melalui perkara sama. Saya gembira menjalani kehidupan bujang dan tidak terfikir untuk berumah tangga dalam tempoh masa terdekat.

“Jika ingin berkahwin, kalau boleh saya inginkan pasangan yang dapat menyempurnakan agama dan kekurangan saya,” katanya.

Menurut Kilafairy lagi, ada beberapa jejaka cuba mendekatinya namun dia belum bersedia menjalin hubungan istimewa, malah keluarga juga tidak mendesak untuk dia segera berumah tangga.

“Ada yang cuba mendekati dan saya tidak takut untuk bertemu dengan orang baharu, tetapi berkahwin atau menjalin hubungan secara serius itu mungkin tidak lagi. Saya senang bergerak sendiri dan keluarga juga tidak mendesak agar segera berumah tangga.

“Ayah juga ada mengatakan tidak perlu terlalu tergesa-gesa dan serahkan segalanya kepada takdir. Saya juga percaya dengan rezeki dan tidak terlalu terburu-buru untuk berkahwin. Jika ada, adalah nanti,” katanya.

SUMBER: HibGlam

×