Mahu Kembali Jadi Muhammad Fatah, Lucinta Luna Menyesal Ubah Jantina

Baru-baru ini tular video di laman YouTube yang mengejutkan ramai apabila penyanyi dangdut Indonesia, Lucinta Luna tampil berpakaian lelaki dalam satu temubual bersama Boy William.

Menerusi temubual itu, Lucinta mengaku ingin kembali ke fitrah asalnya serta meluahkan isi hatinya sepanjang tiga tahun bergelar transgender.

BACA: Lucinta Luna Mengaku Tipu Hamil, Pelik Ada Yang Percaya

Lucinta juga mengakui menyesal menukar jantina serta diselubungi rasa takut dengan dosa sepanjang tiga tahun menjadi ‘wanita’.

“Saya tak happy (jadi Lucinta Luna). Saya jadi takut, takut dengan dosa. Bahkan lepas jadi perempuan, saya bangun tidur dan melihat bahagian badan…rasa macam kenapa berbeza. Dulu masa saya masih kecil bentuknya tidak begini. Ya Allah boleh tak saya balik lagi begitu?” katanya.

Dalam pada itu, dia yang nama sebenarnya Muhammad Fatah mengakui sudah penat menjadi Lucinta Luna serta mengatakan dia menjana pendapatan melalui identiti tersebut.

“Saya buat operasi di Thailand, biar orang percaya saya perempuan. Sebenarnya Lucinta Luna tiada. Sudah cukup la ya selama tiga tahun ini, sudah cukup dapat untung dari situ

“Ya saya percaya satu hati nanti pasti kembali (kontroversi) lagi, tapi saya penat sahaja. Tapi terima kasih mendengar cerita saya,” katanya.

https://www.youtube.com/watch?v=RPXOIlKjokE

×