Mahir Bahasa Isyarat, Alif Satar Dipuji Mesra Layan Peminat OKU

Baru-baru ini tular video dikongsikan seorang pengguna TikTok memaparkan pelakon dan penyanyi Alif Satar dilihat melayan peminat yang ingin bergambar dengannya.

Apa yang menjadi perhatian, Alif dilihat berbual mesra dengan peminatnya itu merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) yang dipercayai bisu menggunakan bahasa isyarat.

BACA: Netizen Terhibur Tengok Reaksi Alif Satar Diumum Pemenang

Menerusi video itu, individu itu ingin bergambar bersama penyanyi tersebut. Alif kemudian bertanyakan nama lelaki itu sebelum dia mengejanya menggunakan bahasa isyarat.

@johnlemmonnn

Alif Satar is the true definition of Jack of All Trades! #alifsatar @alifsatar

? original sound – johnlemmonnn – johnlemmonnn

Difahamkan, video tersebut dikongsikan oleh rakan Alif sendiri yang turut mengatakan sepanjang mereka berkawan dia tidak tahu bahawa Alif mahir dalam bahasa isyarat.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji penyanyi itu yang mahir menggunakan bahasa isyarat.

Dalam pada itu, ada netizen mengatakan ibu Alif merupakan seorang guru pendidikan khas di sekolah dan keluarga penyanyi itu sememangnya mahir menggunakan bahasa isyarat. Malah, ada yang mengatakan selebriti seperti ini sepatutnya dijadikan contoh buat anak muda.

×