“Maaflah, Bibir Tu Buat Dato Makin Buruk, Langsung Tak Lawa”

Baru-baru ini, perkongsian usahawan kontroversi, Datuk Seri Vida menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video dan gambarnya tampil dengan persalinan tradisional songket.

Difahamkan, Vida tampil dengan persalinan tersebut ketika menghadiri sebuah acara tertutup, serta bertanyakan kepada pengikutnya adakah dia kelihatan comel tampil sedemikian.

BACA: Sedih Kenang Arwah Anak, Tapi Bibir DSV Pula Jadi Perhatian

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

Bagaimanapun, apa yang lebih menjadi perhatian ramai adalah saiz bibir usahawan itu yang didakwa semakin besar berbanding sebelum ini.

Diruangan komen, ada yang bertanyakan sama ada Vida ada menjalani sebarang prosedur kosmetik bagi mendapatkan bibir seperti itu.

Malah, ada yang mengatakan penampilannya dahulu lebih cantik dan semula jadi berbanding sekarang yang didakwa terlalu over.

×