Luna Maya Mengaku Dulu Dia Bodoh

Menerusi satu forum Sempena Hari Wanita Sedunia, pelakon popular Indonesia, Luna Maya mengakui dulu dirinya bodoh dan seorang yang emosi.

Membuat pengakuan tersebut menerusi Instagram miliknya, Luna berkata kebodohannya akibat tiada pengalaman dalam hidup.

BACA: Asyik Putus Cinta, Luna Maya Akui Kembali Berhubung Dengan Ariel

“Apabila kamu masih muda, kamu bodoh dan emosional. Semuanya kenapa, kerana tiada sebarang pengalaman dan itu okey.

“Jangan pernah takut untuk mengakui saya dulu bodoh. Saya dulu itu ini. Okey, sekiranya pernah buat salah. Kalau tak pernah salah, mana tahu benarnya, mana tahu salahnya. Semua terus betul saja. Ia menjadikan hidup kita tidak berwarna,” katanya.

Dalam video tersebut, Luna turut berkongsi impiannya untuk bergelar seorang ibu yang masih belum kesampaian.

Perkongsian Luna itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memberikan kata-kata semangat untuk bangkit daripada kesilapan silam.

 

×