Setelah mula mengenakan hijab tahun ini, pelakon Lufya dirinya tidak terdesak mencari jodoh dan dalam masa yang sama mahu mempersiapkan dirinya terlebih dahulu demi menjadi wanita muslim yang terbaik.
BACA: Lufya Omar Ditawar Bayaran Lumayan Jika Buka Tudung
“Saya masih macam ini. Saya tak terdesak mencari jodoh. Saya serahkan urusan ini kepada Tuhan. Insya-Allah Tuhan akan berikan yang terbaik untuk mereka yang baik. Jadi untuk ke arah itu, saya sendiri kena mempersiapkan diri menjadi manusia dan wanita Muslim yang baik daripada segala segi,” jelasnya.
Selain itu, menurut Lufya kepada BH Online, dia juga kini turut menjalankan perniagaan bagi menjamin masa depan selain bergelar pelakon semata-mata. Suka kami dengar barisan selebriti yang menjalankan perniagaan bagi kemudahan akan datang.
“Saya ada juga melakukan perkara sebagai jaminan dan survival mendatang. Cuma selama ini pun saya tak pernah isytihar apa jenis perniagaan yang dilakukan. Saya anggap hal ini cukup peribadi”
“Tetapi memang bukan jual produk. Ia lebih kepada pelaburan. Tapi siapa tahu, pada masa mendatang saya akan jual produk ke apa. Siapa tahu saya akan buka restoran makanan Arab mungkin,” katanya. (rtky/s)