Nama pelakon sensasi Zarina Anjoulie menjadi perhatian apabila memuat naik video meluahkan cinta pada seorang lelaki yang tidak dikenali identitinya.
Menerusi video itu juga, Zarina atau lebih mesra disapa Anju turut dilihat bercumbu dengan lelaki berkenaan sekaligus mengejutkan ramai.
BACA: “Tolong Faham Ini Punca Rezeki Saya” – Zarina Anjoulie Ditaja Bedah Hidung
“Saya minta maaf ambil kesempatan ke atas awak. Tapi awaklah orangnya yang sentiasa ada bersama dengan saya. I love you,”katanya.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terkejut dengan video berkenaan serta ada yang mendakwa Anju dilihat tidak sedar ketika video itu dirakam.
SUMBER: Ohmymedia