Tahniah kepada Liyana Jasmay kerana kini disahkan usia kandungannya sudah masuk dua bulan. Hasil perkahwinannya dengan Fathudin Mazlan pada 2013 lalu, mereka telah dikurniakan anak pertama, Sofia Arissa yang kini sudah berusia dua tahun.
BACA: Liyana Jasmay Nafi Jadi Punca Intan Ladyana Putus Cinta
“Memang kami mahu anak cepat. Tak mahu jurang terlalu banyak jarak di antara anak pertama dan kedua. Saya dan suami pun nak kasi adik kepada Sofia. Saya sendiri pun nak dapat anak sekurang-kurangnya sebelum berusia 30 tahun”
“Sekarang ini saya sudah 27 tahun, jadi ada tempoh tiga tahun lagi untuk menambah anak. Selepas usia itu, saya mungkin berfikir tiga kali untuk mengandung lagi,” jelas pelakon ini kepada Berita Harian.
Apa-apa pun, semoga kesihatan dan kandungan Liyana sentiasa terjaga di samping sentiasa dipermudahkan di dalam segala urusan. Pastinya ramai peminat Liyana ternanti-nantikan cahaya mata baru keluarga ini. (rtky/s)