Pelakon Linda Hashim mendedahkan dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga suaminya sendiri iaitu pelakon, Beego.
Memetik mStar Online, sepanjang 11 tahun berkahwin dia sudah membuat empat laporan polis terhadap Beego berkaitan keganasan rumah tangga dan tiga laporan hospital.
BACA: “Siksa Di Dunia, Ketawa Di Akhirat” – Posting Linda Hashim Cetus Tanda Tanya
Menurut Linda lagi, kejadian pertama kali berlaku pada tahun 2016 dan kali terakhir pada hari dia keluar dari rumah enam bulan lalu iaitu pada Oktober tahun lalu.
“Selama ni saya cuba mendiamkan diri tapi sebenarnya saya ada buat empat laporan polis dan tiga laporan hospital berhubung keganasan rumah tangga.
“Pertama kali berlaku pada tahun 2016 dan yang terakhir pada Oktober tahun lalu sebelum saya keluar rumah. Selepas itu saya terus buat laporan polis,” katanya.
Sementara itu, Linda berkata dia hanya berharap dapat bercerai secara baik dan enggan memajangkan isu berkenaan. Linda berkata dia tidak teragak-agak untuk dedahkan semua bukti jika Beego cuba memanipulasi kisah rumah tangga mereka.
“Bukan kes keganasan saja yang saya nak tegaskan. Ada lagi perkara lain seperti gangguan mental dan gangguan terhadap anak-anak. Cukuplah saya buka satu saja. Tapi kalau sana (Beego) cungkil., saya tidak teragak-agak dedahkan semua,” katanya.
Dalam pada itu, Linda berkata dia sedia menjalin hubungan baik dengan Beego selepas bercerai dan harap dapat selesaikan kemelut itu secara baik.
“Saya tak mahu cerai secara fasakh. Biarlah cerai secara baik. Berbelas tahun saya tahan, disini tempatnya. Kalau buka kes lain akan jadi lebih besar. Harap dapat selesaikan secara baik. Yang salah tetap salah.
“Kami masih boleh berkawan selepas cerai. Saya pun baik dengan keluarga mentua. Kalau boleh tak mahu putuskan silaturahim,” katanya.
https://www.hmetro.com.my/rap/2025/04/1210854/linda-buat-empat-laporan-polis-sepanjang-11-tahun-berkahwin-dengan-beegoSUMBER: Harian Metro, mStar Online