Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengenakan kompaun RM250,000 kepada Maestra Broadcast Sdn Bhd kerana muat naik kandungan jelik melampau di TikTok Era FM.
MCMC dalam satu kenyataan hari ini memutuskan untuk tidak menggantung lesen penyiaran Maestra Broadcast Sdn Bhd, pengendali Era FM, selepas meneliti rayuan syarikat itu terhadap notis penggantungan yang dikeluarkan pada 7 Mac.
BACA: Peguam Dedah Tiga Penyampai Radio Telah Difitnah & Dikhianati
Menurut MCMC lagi, keputusan itu mengambil kira hujah yang dikemukakan dalam rayuan, tindakan pemulihan yang telah diambil oleh pemegang lesen, serta permohonan maaf rasmi daripada pihak yang terbabit.
Dalam pada itu, MCMC memandang serius berhubung sebarang tindakan memuat naik kandungan dalam talian yang boleh mengakibatkan ketegangan agama atau menganggu keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia.