Imej penyanyi Shila Amzah yang dengan bertindik di hidung sehingga kini masih menjadi perhatian sehingga ada yang bertanyakan mengenai perkara itu di live TikTok.
Memetik Astro Gempak, menjawab pertanyaan netizen, Shila berkata dia mahukan kelainan selepas bercerai serta mengubah sedikit penampilannya.
BACA: “Tunggu Ubai Buka Braces Lagi 3 Tahun, Baru Fikir Pasal Kahwin” – Shila Amzah
“Bila ada overprotective family, you nak jadi rebellious (memberontak) kan. Jadi selepas Sha cerai, I wanted to do something. Sha macam nak somthing different. Sha suka piercing dari zaman sekolah lagi,” katanya.
Terdahulu, Shila dikecam netizen susulan imejnya yang bertindik ketika menyertai program Gegar Vaganza musim ke-9.
Baru-baru ini, hangat diperkatakan apabila penyanyi itu mengesahkan menjalin hubungan cinta dengan pempengaruh media sosial, Ubai.