Nampaknya selepas Ruhainies, wajah pempengaruh media sosial Marissa Dania Hakim pula dikaburkan oleh jenama popular pakaian raya menerusi sebuah video promosi.
Memetik Hib Glam, menerusi video dikongsikan di TikTok Marissa ditutup manakala dua lagi model tidak dikaburkan.
BACA: “Tak Pernah Gagal” – Marissa Dania Akhirnya Buka Mulut
Difahamkan video tersebut seolah mengikut langkah yang sama dilakukan oleh produk kecantikan sebelum ini yang mengaburkan wajah Ruhainies dalam iklan Ramadan susulan kontroversi ditangkap khalwat dengan Aliff Aziz.
Sementara itu, ada netizen mempersoalkan mengatakan baru sekarang bertindak mengaburkan wajahnya dan kenapa tidak dibuat pada sebelum ini.
“Barulah boleh nak beli. Hari itu penyondol jadi model terus tak jadi,” tulis satu komen.
“Takut kena boikotkan? Itu yang kaburkan muka,” kata seorang pemilik akaun.
“Sekarang baru nak ‘blur’? Kenapa hari tu tak buat?”, tanya seorang lagi netizen
Tidak kurang juga, ada yang mendakwa mungkin jenama pakaian tersebut takut diboikot dan ada yang mengatakan barulah sekarang boleh membeli dari jenama berkenaan.
Terdahulu, hangat diperkatakan apabila Marissa berkahwin dengan lelaki bernama Aslam di Songkhla, Thailand tanpa pengetahua isteri pertama dan ibu bapanya.
SUMBER: Hib Glam