Lama rasanya tak dengar cerita mengenai pelakon Kilafairy. Baru-baru ini, perkongsian Kilafairy menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambarnya ketika menghadiri sebuah acara.
Menerusi gambar di muat naik di Instagram itu, Kilafairy mengenakan baju berwarna hijau persis jumpsuit sehingga menampakkan bentuk badannya.
BACA: Netizen Tak Senang Tengok Kilafairy Pakai Baju Ketat
Diruangan komen, ada segelintir netizen meluahkan rasa kurang senang melihat penampilan pelakon itu susulan busana berkenaan dilihat agak ketat.
Tidak kurang juga ada netizen mengaitkan dengan arwah ibunya serta mempersoalkan motif pelakon itu bertudung.
Meskipun ada yang mengkritik, namun ada segelintir netizen memuji kecantikan pelakon itu serta bentuk badan dimiliki Kilafairy.