Isteri kepada pelawak sensasi, Shuk Sahar iaitu Fara Salleh memaklumkan dia hamil anak pertama selepas didiagnos mempunyai masalah jantung.
Memetik mStar Online, Fara berkata dia mendapat tahu dirinya hamil selepas membuat imbasan x-ray ketika melakukan pemeriksaan kesihatan.
BACA: Iqram Dinzly Backup Shuk Sahar, Minta Jangan Percaya Fara Salleh
“Tak tahu nak gembira ke apa sebab sebenarnya saya baru sahaja didiagnos mempunyai masalah jantung iaitu symptom brugada tahap satu sebab kerap pengsan.
“Memang selalu juga berulang alik hospital, tapi bila buat imbasan x-ray di perut tak sangka rupanya saya sedang hamil.
“Dah masuk bulan kedua usia kehamilan dan doktor kata tak boleh nak buat apa-apa sehingga bayi lahir,” katanya.
Menurut Fara lagi, dia sepatutnya menjalani pembedahan jantung namun doktor menasihatkan untuk tangguhkan kerana sedang hamil.
“Kalau tak saya sepatutnya perlu buat pembedahan jantung jika tidak kena masuk bateri. Jadi doktor terpaksa tangguhkan pembedahan ke atas saya kerana ia sangat berisiko untuk saya dan bayi. Buat masa ini fokus pada kesihatan bayi dan masukkan ILR untuk monitor jantung,” katanya.
Dalam pada itu, Fara berkata doktor juga sudah mencadangkan untuk melahirkan anak secara pembedahan serta berharap orang ramai mendoakan yang baik-baik untuknya dan juga bayi.
SUMBER: mStar Online