Lepas Dedah Tiduri 20 Wanita, Jefri Nichol Mengaku Makan Babi

Sebelum ini pengakuan pelakon kacak Indonesia Jefri Nichol mengejutkan ramai apabila mendedahkan pernah meniduri lebih 20 wanita.

Nampaknya, pelakon berusia 25 tahun itu sekali lagi mengejutkan ramai apabila memberitahu pernah menjamah daging khinzir.

BACA: “Dia Sangat Baik, Penyayang” – Ameera Khan Minta Henti Kecam Jefri Nichol

Menurut Jefri, dia makan daging babi kerana dikatakan salah satu cara untuk menambah berat badan ketika persediaan perlawanan tinju dengan pelakon dan penyanyi, El Rumi sebelum ini.

“Saya perlu menambah berat badan sebanyak 10 kilogram supaya sama berat dengan El Rumi. Saya makan banyak daging dan ada juga daging babi,” katanya.

Susulan jawapan Jefri itu, pengacara terkenal Indonesia, Desta tergamam serta menganggap pelakon itu bukan seorang Muslim, namun Jefri menjelaskan dia beragama Islam.

“Saya Muslim,” katanya serta dinasihati supaya tidak mengulangi perkara sama lagi.

Nama Jefri hangat diperkatakan ramai apabila didakwa menjalin hubungan istimewa dengan pempengaruh media sosial, Ameera Khan.

SUMBER: Kosmo

×