Lepas 8 Bulan Timang Cahaya Mata, Isteri Jamal Abdillah Hamil Lagi

Baru sahaja menimang cahaya mata perempuan lapan bulan lalu, penyanyi lagenda Datuk Jamal Abdillah berkongsikan perkhabaran gembira apabila isterinya, Datin Zai Izzati Khairuddin kini hamil anak kedua.

Menurut Jamal, dia membawa isterinya menjalani pemeriksaan dan melakukan ujian imbasan apabila isterinya mengalami alahan serta tidak datang bulan. Jamal berkata isterinya kini disahkan hamil 10 minggu.

BACA: Isteri Jamal Abdillah Selamat Timang Cahaya Mata

“Rezeki teman (saya). Udah (sudah) 10 minggu. Aduii. Pengesahan diterima dua hari lalu, tapi belum nampak jantina,” katanya kepada Harian Metro.

Jamal dan Zai Izzati berkahwin pada 1 April 2017 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Azura Yamani yang dilahirkan pada 10 Oktober tahun lalu.

Jamal turut mempunyai dua lagi anak daripada perkahwinan terdahulu iaitu Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 13.

×