Pelakon Nabila Huda berkata dia seronok dapat mengenali pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona selepas bekerjasama dalam satu program realiti lawak.
Memetik mStar Online, Nabila berkata dia menyifatkan gadis tersebut seorang yang baik dan tidak keberatan melayan permintaan Leona untuk melakukan video tarian untuk dikongsikan di TikTok.
BACA: Leona Nak Kahwin Tahun Depan, Suka Lelaki Gigi Teratur Tak Berterabur
“Kelakar dan seronok kerja dengan Leona. Dia seorang yang baik dan saya jadi kawan dia waktu di set penggambaran. Saya layankan saja kerenah dia. Saya suka layan dia, saya pun rindu anak saya waktu itu,” katanya.
Sementara itu, Nabila berkata disebalik personaliti gila-gilanya itu, Leona Leona seorang gadis yang bijak dan manja.
“Dia bijak bukan budak bimbo. Leona sangat pandai cuma karakter dia saja bubbly dan anak manja,” katanya.
Dalam pada itu, Nabila berkongsikan dia pernah memarahi Leona ketika di set penggambaran namun anak kepada Azhar Sulaiman itu segera memohon maaf di atas kesilapannya.
“Dia takut dengan saya, pernah sekali saya jerit kat dia suruh diam kemudian dia minta maaf. Dia takut terus tutup kedai. Kemudian bila ada perbincangan dia mengaku kesilapan dia,” katanya.
SUMBER: mStar Online