“Lelaki Yang Bitter Ni Semua Miskin..”

Boleh dikatakan ramai netizen yang kurang senang dengan pertunangan pelakon Intan Najuwa dan pasangannya, Razrul Anwar Rusli yang 16 tahun lebih tua daripadanya.

Malah ada yang menuduh Intan memilih jejaka tersebut disebabkan harta dan mata duitan. Malah ada netizen mempersoalkan adakah benar hubungan mereka atas dasar cinta atau duit semata-mata.

BACA: Fatin Afeefa Nafi Bercium Di Tempat Awam

Isu tersebut turut mendapat perhatian pelakon Fatin Afeefa yang juga rakan kepada Intan Najuwa yang meluahkan pendapatnya terhadap netizen yang mengkritik intan.

http://twitter.com/FatinAfeefa/status/1163672985573609472?

Perkongsian Fatin itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Malah ada yang melabel Fatin mata duitan gara-gara memberikan pendapat sedemikian.

Tidak kurang juga ada yang mengaitkan Fatin dengan kontroversinya terdahulu apabila dia didakwa menjalinkan hubungan dengan suami orang.

Apa pun itu hanya pendapat Fatin sebagai seorang rakan. Lagipun siapa kita untuk pertikaikan jodoh seseorang. Lebih baik kita doakan yang baik-baik sahaja untuk Intan dan tunang.

×