fbpx

“Lelaki Kalau Dengar Nama Saya Semua Risau…”

Pelakon dan pengacara, Raja Azura mengakui ada yang cuba mendekati dirinya namun dia merasakan tiada lelaki yang berani apatah lagi dia mempunyai pelbagai komitmen dan tanggungjawab.

Memetik Harian Metro, Raja Azura berkata ada lelaki cuba mendekati namun akan menghilangkan diri. Katanya lagi, dia juga dikelilingi banyak hutang dan disebabkan itu tiada yang mahukan dirinya  kerana tanggungjawab yang besar.

BACA: Gossip: Hubungan Raja Azura & Bekas Suami Kini Bertaut Kembali?

“Lelaki kalau dengar nama saya, semua risau sebab wajah dan perangai saya umpama ‘sesumpah’. Boleh berubah mengikut keadaan.

“Tidak dinafikan memang ada yang cuba mendekati, tapi perlahan-lahan individu itu akan mula berundur dan menghilangkan diri sebab tak mampu nak jaga saya yang mempunyai pelbagai tanggungjawab dan komitmen.

“Semua anak saya sedang menyambung pengajian di universiti dan memerlukan wang belanja yang besar untuk membayar yuran universiti mereka. Kemudian saya dikelilingi dengan banyak hutang yang tak habis bayar lagi.

“Selain itu, ada pinjaman lain yang perlu diselesaikan seperti rumah dan kereta serta tanggungjawab saya kepada ibu yang tinggal bersama.

“Jadi memang orang tak nak dengan saya ini sebab tanggungjawab yang saya pikul ini sangat besar. Orang dengar pun akan jadi ngeri,” katanya.

Dalam pada itu, Raja Azura berkata dia tiada niat untuk meraih perhatian susulan tular video seolah-olah dia melangsungkan pernikahan baru-baru ini ataupun mahu tenggelamkan perkahwinan sepupunya.

“Berita pernikahan itu turut mendapat perhatian anak-anak yang menghubungi saya kerana mereka sedang menduduki peperiksaan. Saya memilih untuk tidak menjawab pada ketika itu sebab sedang sibuk uruskan perkahwinan sepupu.

“Cuma bila kisah itu tular saya rasa sangat terharu dan dihargai oleh peminat dan pengikut yang tidak henti mengirimkan doa yang baik-baik buat saya. Namun saya ingin tegaskan di sini, saya tiada niat nak raih perhatian atau tenggelamkan perkahwinan sepupu saya,” katanya.

SUMBER: Harian Metro