Pelakon Zahnita Wilson meluahkan rasa syukur apabila dimaklumkan suaminya sudah ditahan semalam dan tidak lagi bimbang jika diapa-apakan oleh lelaki itu.
Memetik Kosmo, Zahnita berkata sebelum ini dia takut untuk ke mana-mana serta mengucapkan terima kasih diatas sokongan daripada semua pihak.
BACA: Lisa Surihani Syukur Zahnita Berjaya Keluar Dari Rumah
“Lega dan syukur dia sudah ditahan sebab boleh bergerak tanpa risau apa-apa. Dia sudah tak boleh lakukan sebarang perkara lagi pada saya. Sebelum ini saya takut nak ke mana-mana sebab risau diapa-apakan olehnya.
“Terima kasih dan sangat terharu apabila melihat sokongan daripada semua orang termasuk pihak polis yang sudah melakukan siasatan serta mengambil tindakan.
“Saya sudah lama bertahan, berhenti daripada karier seni dan menjadi isteri yang sempurna sebelum ini,” katanya.
Sementara itu, Zahnita berkata dia nekad memfailkan cerai terhadap suaminya. Abdul Zackery Ghouse di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang semalam kerana tidak mampu lagi untuk bertahan.
“Kekuatan saya untuk fail cerai hari ini ialah Allah SWT dan sokongan daripada ibu saya. Doa dia mengiringi perjalanan saya hari ini.
“Emosi saya juga ketika ini tidak begitu stabil dengan semua ujian ini. Alhamdulillah Allah beri kekuatan itu,” katanya.
SUMBER: Kosmo