Pelakon Leez Rosli menitipkan ucapan istimewa buat suaminya, Aepul Roza selepas bergelar juara program The Hardest Singing Song (THSS) serta menasihati penyanyi itu agar tidak mendabik dada dengan kejayaan dimiliki.
Menerusi perkongsian di Instagram, Leez juga berharap Aepul akan kekal merendah diri dan dia akan sentiasa berada di belakang suaminya itu serta mendoakan yang terbaik.
BACA: Aepul Roza Juara The Hardest Singing Show, Bawa Pulang RM150,000
View this post on Instagram
“Allah dah bagi rezeki yang sebegini, so please be you! Stay humble, jangan sombong (kalau sombong dengan perempuan lain tak apa ), jaga setiap amanah Allah sebaiknya seperti selalu..jangan lupa diri..kami sentiasa ada belakang ampa mendoakan yang terbaik buat ampa,” tulisnya.
Menerusi perkongsian itu, Leez turut berkongsikan momen ketika sesi latihan sepanjang program tersebut serta meluahkan rasa syukur segala urusan dipermudahkan.
“Alhamdulillah syukur.. Allah permudahkan semua.. setiap move atas stage dari Aepul, dancers,dramaband,costumes, all the props.. semua on point..
“Hidraulik drum tu paling risau sebab masa rehearsal drum tu naik 90 degree tetiba kerusi patah atau tercabut..nasib baik sempat Aepul tahan pakai kaki.. kalau tak penyek muka laki kuuuu,” tulisnya.
Ahad lalu, Aepul dinobat juara THSS musim pertama sekaligus membawa pulang wang tunai RM150,000.