Siapa sahaja yang tak kenal dengan perkhidmatan e-hailing yang mempunyai logo berwarna hijau ini. Grab, sangat popular dalam kalangan orang bekerjaya dan paling penting sekarang Grab bukan sahaja tertumpu kepada pekhidmatan e-hailing yang akan membawa korang ke sana sini.

Kalau korang download aplikasi Grab ni, macam-macam ada. Dari kenderaan sehinggalah ke khidmat pesanan makanan dan banyak lagi lah. Zaman sekarang semuanya di hujung jari. Mustahil sangat ada yang tak tahu aplikasi yang popular ni.

Okey lah, tak nak cakap panjang-panjang, cuma nak bagi tahu yang sekarang ni Grab buat promosi sehingga 50%. Banyak tu, korang memang patut baca sampai habis, sebab ada banyak diskaun yang Grab bagi untuk bulan ini.

Jom Grab Something New & Rasai Sendiri Diskaun 50%

Sekarang tiba masanya untuk korang grab something new dengan aplikasi ini. Bukan nak menghasut tapi memang sangat-sangat berbaloi bila korang grab time promo ni.

Bukan apa, kami tahu korang semua ni kaki shopping kan? Jadi kalau nak shopping tu kena lah bijak berbelanja. Korang boleh jer grab sebanyak mana item dari Zalora dan Watsons, ataupun membuat persediaan untuk cuti-cuti korang dengan Malaysia Airlines, Agoda dan Klook. Tapi jangan lupa bayar melalui GrabPay untuk dapatkan 40% rebate.

Bagi korang yang baru saja menjadi sebahagian dari Grab tu korang akan dapat diskaun sebanyak 40% rebate(up to RM30), manakala korang yang dah lama menggunakan aplikasi ni korang akan dapat 10% rebate (up to RM20). Banyak kan tu? Nak murah gunalah GrabPay baru lah berbaloi.

Sehingga 50% Diskaun Untuk GrabFood

Bagi yang gemar membuat pesanan makanan secara online tu, korang boleh gunakan kod promoso GrabFood untuk dapatkan promosi sehingga 50%, bagi mana-mana pilihan menu yang korang suka. Ingat masuk betul-betul kod tu, kalau salah alamatnya melepaslah harga promo korang.

Orang Lembah Klang (KL & Selangor):

Orang dari seluruh Malaysia kecuali Lembah Klang:

Jangan tak tahu, kod ni juga korang boleh gunakan di Pizza Hut, KFC, Kyochon dan Walls Ice Cream.

GrabMart Pun Tak Nak Kalah Sale Kali Ni

Yang gemar shopping online tu, lebih baik korang jadikan aplikasi Grab ni sekali BFF korang. GrabMart pun bukan main sale kali ini. Memang murah habis. Mana taknya sehingga 50% diskaun korang boleh dapat bila korang guna GrabMart. Fuhhh bukan sikit-sikit tau barang dalam GrabMart ni, lebih dari seribu barang ada diskaun.

Jadi apa tunggu lagi, tiba masanya untuk korang membeli belah di Guardian, Sasa dan Heromarket dengan tenang. Tekan tekan, pilih, dan terus buat bayaran yang super duper murah tu.

Sumber: Sasa

Korang bayangkan lah barang di Sasa Oh Oppa-Pheromone Lavender Deep Sleep Silky Smooth -1616 dari RM29.90 tinggal RM14.45 jer. Tak kan korang tak nak, murah banyak dah ni. Banyak lagi item yang sale, kalau tak percaya boleh lah tengok Grab Mart sekarang!

Nikmati sepuas-puasnya promosi dari Grab kali ini. Musim boleh travel sana sini ni lah yang korang harus guna betul-betul promosi ni. Yalah dah lama kan tak travel mesti banyak barang korang yang dah habis. Nak keluar membeli kerja bertimbun di pejabat pula. Jadi ni lah masanya untuk guna GrabPay, GrabMart dan GrabFood.

Untuk maklumat lanjut layari laman rasmi Grab.

×