Pelakon Ahirine Ahirudin mendedahkan ramai lelaki mengajaknya untuk berkahwin namun tiada yang benar-benar serius untuk ke arah itu dan hanya cakap mulut sahaja.

Memetik Harian Metro, Ahirine berkata ada lelaki di kalangan VIP dan berstatus suami orang cuba mendekatinya tetapi dia menolak secara baik.

BACA: Ahirine Dedah 3 Tahun Diganggu Lelaki Dikenali, Hampir Buat Laporan Polis

“Saya juga tak nak cakap banyak sebab usia pun sudah meningkat, sesiapa yang serius nak ajak kahwin, boleh datang berjumpa bapa saya untuk masuk meminang.

“Dah lebih sepuluh lelaki yang saya jumpa cakap nak ajak kahwin tapi semua cakap kat mulut je tak berani pun bertemu keluarga,” katanya.

Sementara itu, Ahirine berkata ramai rakan sebayanya sudah berkahwin malah ibunya ada mencadangkan supaya dia pergi ‘mandi bunga’.

“Ahli keluarga tidak beri tekanan pada soal jodoh tapi emak suruh saya ‘mandi bunga’ kerana mungkin lelaki takut untuk ajak saya kahwin kerana aura saya nampak maskulin.

“Sebenarnya, dari segi luaran mungkin orang nampak saya banyak terbabit dengan aktiviti lasak tapi jiwa saya masih kewanitaan dan ada keinginan untuk berkahwin dan memiliki anak. Pada masa sama, rakan artis seperjuangan dan kawan sebaya pun semuanya sudah berkahwin,” katanya.

SUMBER: Harian Metro

×