“Lancar Quran, Gaji Atas RM5k Syarat Bakal Suami”

Pernah mengaggotai kumpulan hip hop Fabulous Cat, lagu nyanyian Zizi Kirana sering menjadi bualan ramai kerana lain dari yang lain.

Sejak kebelakangan ini, akaun Instagram Zizi Kirana juga turut menjadi perhatian ramai dek kerana Zizi sering memuat naik foto-foto seksi.

Baru-baru ini, menerusi InstaStory, Zizi kongsikan 14 syarat yang perlu dipenuhi oleh lelaki yang ingin menjadi bakal suaminya.

Antaranya, bakal suami mestilah seorang yang tidak mengamalkan pergaulan bebas, bukan kaki mabuk dan kelab malam.

Bakal suaminya juga perlu mempunyai pendapatan minimun RM5,000, bebas hutang dan lancar membaca Al-Quran.

Dari segi paras rupa pula, Zizi tidak meletakkan syarat namun cukuplah sedap mata memandang.

Paling penting dan syarat paling susah ialah bakal suaminya mestilah penyokong kelab bola sepak Arsenal.

Ini antara 14 syarat untuk menjadi bakal suami Zizi Kirana

1. Sedap mata memandang

2. Pergaulan tidak bebas

3. Tidak bikin panas

4. Bukan kaki arak & kelab malam

5. Tidak mengungkit

6. Tidak kedekut

7. Bukan kaki stalk perempuan lain

8. Pandai photoshoot

9. Beradab bukan biadab

10. Bebas hutang

11. Pendapatan minimum RM5k

12. Sanggup buat apa saja untuknya dan keluarganya

13. Lancar baca Al-Quran

14. Penyokong Arsenal

Agak-agak ada tak lelaki di luar sana yang cukup 14 syarat ini? Boleh la cuba.

×