Lamborghini Berasap Tepi Jalan, Syamsul Yusof Tenang Hisap Rokok

Tular video memaparkan sebuah kereta mewah jenis Lamboghini dipercayai milik pengarah sensasi, Syamsul Yusof mengalami kerosakkan sehingga berasap di tepi jalan.

Menerusi video yang dimuat naik seorang pengguna TikTok @cmfavorite memaparkan pengarah tersebut dilihat keluar dari kereta berkenaan.

BACA: Syamsul Yusof & Puteri Sarah Dilihat Mesra, Usik Mengusik

Difahamkan, kejadian itu berlaku di sekita itu kota Kuala Lumpu, namun tidak dapat dipastikan mengenai kejadian itu sama ada ianya penggambaran atau benar-benar berlaku.

@cmfavorite

? original sound – syaza – syaza

Dapat dilihat, Syamsul dilihat tenang keluar dari keretanya untuk melihat keadaan dengan sepuntung rokok di mulut.

Diruangan komen, rata-rata netizen mengatakan insiden itu sebagai kifarah buat pengarah itu serta mengaitkan dengan apa yang dilakukan terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah.

×