“Kontraktor Enjoy Makan Duit Dulu, Kerja Tak Siap” – DSV

Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida berkata dia akan memberi penjelasan sebaik saja tiba di Malaysia kelak mengenai dakwaan gagal menjelaskan bayaran baki kepada sebuah syarikat kontraktor pembinaan sebanyak RM1,060,285 pada 2018.

Memetik Kosmo, Vida yang kini berada di Shanghai, China berkata,  dia akan mengadakan sidang media bagi menjelaskan isu berkenaan apabila pulang ke tanah air.

BACA: DSV Lantik Peguam Selesai Isu Hutang RM1 Juta, Mohon Diberi Ruang

“Sabar, saya sekarang berada di luar negara, balik Malaysia nanti saya jawab dari A sampai Z.

“Sekarang saya cuma boleh cakap biasanya projek bayar dulu bukan buat dulu baru claim. Dalam kes saya, kontraktor ‘enjoy’ makan duit dulu, kerja tak siap.

“Balik nanti, saya akan buat sidang akhbar untuk menjelaskan perkara ini. Tunggu,” katanya.

Semalam, empat kereta mewah antara barangan miliknya yang disita di kediamannya di Meru, Ipoh setelah gagal melunaskan tunggakan bayaran ubah suai bangunan kilang miliknya.

Empat kereta yang disita ialah dua Vellfire, satu Toyota Grand Hiace dan sebuah BMW X7, selain semua barangan di dalam rumahnya.

SUMBER: Kosmo

×