Nampaknya nama Aliff Aziz terus menjadi bualan apabila seorang wanita bernama Sarah Yasmine mendedahkan dia merupakan kekasih kepada pelakon dan penyanyi itu.
Menerusi perkongsian di Instagram awal pagi tadi, wanita itu mendakwa mereka menjalin hubungan sejak Januari lalu dan hantaan tersebut adalah untuk menerangkan siapa dirinya serta situasi sebenar.
BACA: Aliff Aziz Minta Maaf, Senyum Dalam Video Tak Sindir Sesiapa
Wanita tersebut turut berkongsikan mengenai kronologi hubungannya dengan Aliff dan mereka masih lagi menjalin hubungan selepas aktor itu ditangkap khalwat dengan Ruhainies.
Malah, wanita itu mendakwa Aliff turut menumpang di rumahnya selama sebulan serta mempunyai bukti sepanjang dia menghabiskan pengambaran drama tanpa pengetahuan sesiapa.
Dalam perkongsian sama, Sarah turut berkongsikan video memaparkan dia memeluk lengan aktor berkenaan serta Aliff mencium pipi.
Sementara itu, wanita itu mendakwa Bella Astillah tahu mengenai kewujudannya dalam hidup Aliff serta memohon maaf di atas segalanya. Malah, wanita itu memberitahu dia masih lagi bersama Aliiff sebagai kekasihnya.