Gara-gara ingin tampil kurus selepas berpantang, kenyataan Almy Nadia sebelum ini dianggap seolah ‘meroyan’ kerana mengamalkan diet tidak seimbang. Malah keluhannya mengenai susu kurang pula dihentam netizen.
Bagaimanapun Almy menerusi entri terbaru (tapi dipadamnya) mempersoalkan tindakan netizen berdebat di akaun media sosialnya. Jelasnya kerana perdebatan itu, dosanya pula bertambah kerana geram membacanya.
BACA: Almy Nadia Dikecam Salahkan Netizen Susu Badan Kurang?
“Kongsi salah, tak kongsi salah. Tidak faham kenapa mereka sanggup berdebat? Masing-masing membuat pelbagai kenyataan dan saya turut terpalit sama dosa apabila marah selepas membacanya. Dosa faham?,” tulisnya.
Dalam masa yang sama, Almy sempat berpesan kepada ‘haters’ supaya tidak payah bersusah payah mengikutnya di akaun Instagram andai tidak menyukai apa setiap perkongsiannya di media sosial.
Terdahulu Almy terkesan apabila ramai membanding tubuh badannya yang langsing dulu dengan keadaannya sekarang yang berisi. Tekad untuk kurus, Almy mengamalkan pemakanan tanpa garam, gula dan minyak.
Bagaimanapun kenyataan Almy mengenai dietnya menyebabkan susunya berkurang menimbulkan kemarahan netizen hingga ada mendakwa pelakon itu meroyan. Semoga Almy tidak terlalu melayan dan berpantang dengan aman. (rtky/w)