Pelawak dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad tidak dapat menahan kesedihannya ketika di program Meletop semalam apabila mengenangkan kembali arwah ayahnya yang meninggal dunia pada 7 Oktober lalu.
Tampil bersama Datin Lisa Surihani mengacarakan program berkenaan, Nabil dilihat tenang berkongsikan saat terakhir arwah bapanya.
BACA: Nabil Ahmad Nafi Dibayar RM40,000 Jadi Pengacara
“Ini kali pertama saya berdepan dengan situasi macam ni. Bila lihat tahap oksigen arwah drop dan katanya perlu ditidurkan, saya cakap dengan diri saya ‘kalau ditidurkan, sekejap lagi dapat jumpa balik kot,’ Saya tidak terfikir itu kali terakhir saya dapat tengok dia.
“Saya macam…banyak benda ralatlah. Saya sebagai anak, saya rasa banyak benda yang tak sempat nak lakukan bersama. Masih banyak tanggungjawab yang sepatutnya saya langsaikan, bagi perhatian dan sebagainya,” katanya.
Dalam pada itu, Nabil meluahkan rasa syukur arwah sempat melafazkan kalimah syahadah sebelum menghembuskan nafas terakhir serta meninggal dunia pada hari yang sangat mulia.
“Sya mula kerja ni Lisa sebab saya tak nak duduk sorang. Tapi itulah saya rasa syukur sangat dengan penakhirannya. Pada saya, sangat baik. Dia pergi hari JUmatt lepas tu kalam akhir dia dapat mengucap dengan baik,” katanya.
@syakila_nsa ‘Semoga semua diberi kefahaman ilmu yang disampaikan.’ Ayat Nabil. @MeleTOP Salam takziah @Nabilahmad & keluarga di atas pemergian ayahanda tersayang. #meletop #nabil #salamtakziah
Sementara itu, tular perkongsian video di TikTok yang dimuat naik seorang pengguna memaparkan Nabil dilihat tidak dapat menahan sebak.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa sebak serta memahami perasaan apabila kehilangan orang tersayang lebih-lebih lagi ibu bapa.