Setiap kali menjelang bulan Ramadan, ramai yang tidak melepaskan peluang melakukan kebaikan dan ibadah bersedekah serta berkongsi rezeki buat mereka diluar sana.
Tidak ketinggalan, pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal juga turut berkongsi rezeki kepada orang ramai di sepanjang bulan Ramadan tahun ini.
BACA: Wawa Zainal Tak Kisah Suami Puji Pelakon Wanita Lain
Menerusi satu perkongsian di TikTok @wawacosmeticsmalaysia, pasangan itu memaklumkan mereka menyediakan air balang pelbagai perisa yang dicampur dengan aiskrim secara percuma kepada orang ramai.
@wawacosmeticsmalaysia Sempena Ramadhan , kami nak bagi air secara percuma jee setiap petang jam 4:30 sehingga habis ? Waze je ( wawa cosmetic Hq ) jangan lupe datang .#wawacosmetics
Dalam video tersebut, dapat dilihat Aeril sedang mengacau air balang yang dicampur bersama aiskrim sambil memanggil orang yang berada di sekitar kawasan tersebut untuk mendapatkan minuman berkenaan.
Difahamkan, air balang tersebut disediakan di setiap petang sepanjang Ramadan di ibu pejabat syarikat kosmetik yang terletak di Bandar Baru Bangi.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji tindakan murni Wawa dan Aeril itu serta mendoakan pasangan itu dimurahkan rezeki.