Perkongsian pelakon Aprena Manrose yang memuat naik gambar raya seorang diri tanpa suami mencetuskan tanda tanya di kalangan netizen.
Memetik mStar Online, Aprena bagaimanapun tiada niat untuk menimbulkan tanda tanya serta menjelaskan hubungannya dengan suami, Afiq Hamzan masih lagi baik.
BACA: ‘On Off Pakai Tudung’, Aprena Manrose Anggap Ujian Buat Dirinya
Jelas Aprena gambar tersebut adalah ketika dia balik ke Indonesia seorang diri kerana suaminya ada tuntutan kerja dan perkongsian itu hanya luahannya sahaja.
“Sebenarnya, yang gambar saya raya seorang itu adalah sebab saya balik ke Indonesia seorang diri tanpa suami. Saya ini manja orangnya, jadi apabila perlu balik seorang, saya saja meluahkan dekat Instagram.
“Afiq perlu bekerja pada hari raya kedua. Jadi, dia tidak dapat ikut dan hantaran tersebut macam buatkan saya nampak merajuk sahaja. Saja mahu buat drama. Insya-Allah tiada apa yang berlaku. Doakan jodoh kami berpanjangan,” katanya.
Sementara itu, Aprena memohon maaf jika ada netizen yang salah faham dengan hantarannya itu namun dia juga ada berhak untuk memuat naik apa saja luahan namun dia sedar perlu ada batas.
“Saya minta maaf kalau orang tersalah anggap, bagi saya dalam kehidupan kita kalau kita bukan pelakon dalam drama kita pun ada drama hidup kita sendiri.
“Saya pun selayaknya boleh post apa saja yang saya rasa di Instagram, cuma harus berbatas sebab mungkin orang akan lebih peduli, lebih ambil berat, saya akur dan saya minta maaf,” katanya.
SUMBER: mStar Online