fbpx

Usahawan Datuk Red tampil mempertahankan bekas isterinya, Adira Suhaimi yang dikecam kerana dikatakan melanggar edah apabila keluar bekerja ketika tempoh tersebut.

Memetik mStar Online, Datuk Red berkata bekas isterinya itu hanya keluar mencari rezeki untuk menyara keluarga serta menyatakan komitmen yang ditangung Adira tinggi.

BACA: “Saya Cerai Hidup, Bukan Balu Cerai Mati”

“Komitmen Adira sangat tinggi, kena bayar rumah, bayar kereta, ada orang gaji dua orang, sara ibu di kampung. Dia juga ada syarikat yang mempunyai staf.

“Harapkan saya punya penjualan dengan bagi nafkah memang tak cukup. Nak tak nak dia kena kerja,” katanya.

Sementara itu, Datuk Red berkata bekas isterinya itu akan memaklumkan kepadanya setiap kali keluar rumah meskipun hanya ke kedai dihadapan rumah sahaja.

“Yang bagusnya Adira ini, dia keluar rumah walaupun pergi ke kedai di hadapan rumah pun dia akan hantar ‘live location’ kepada saya. Apa pergerakan dia saya tahu dan izinkan. Niat dia hanya cari rezeki.

“Kalau pergi ke ‘show’ pun, dia akan terus balik rumah. Tidak ada jumpa kawan untuk berseronok,” katanya.

Terdahulu, Adira menjawab pertanyaan netizen dia keluar dalam tempoh idah selepas bercerai dengan suaminya adalah untuk mencari rezeki.

Menurut Adira, dia bercerai hidup dan bukan pasangannya meninggal dunia. Katanya lagi, jika dia duduk di rumah siapa yang akan mencari rezeki buat anak-anaknya.

SUMBER: mStar Online