Bekas Menteri, Khairy Jamaluddin berkata dia tidak terkilan apabila diusik sudah ‘rosak’ serta mengakui selesa dan seronok dengan kerjayanya sekarang.
Memetik Kosmo, Khairy atau lebih mesra disapa KJ berkata tiada keperluan untuknya kembali ke dunia politik buat masa sekarang.
BACA: KJ Tak Rindu Jadi Ahli Politik, Luah Hasrat Nak jadi Pelakon
“Tak tahu lagi, tapi apa yang saya boleh katakan saya tengah seronok dengan kerjaya sekarang. Jadi tiada apa-apa keperluan untuk saya kembali ke dunia politik buat masa ini.
“Cabang saya masih lagi berada di mata publik sebagai seorang podcaster, deejay dan sebagai duta Elrah Exclusive, tapi ke mana selepas ini belum tahu lagi,” katanya.
Sementara itu, KJ berkata dia mengakui teruja apabila dilantik menjadi duta pakaian produk tempatan, Elrah Exclusive dan beliau suka memartabatkan baju Melayu.
“Saya sangat teruja untuk bersama kempen raya Elrah Exclusive pada tahun ini. Saya setuju untuk kempen Elrah ini pun sebab pemilik dia El Azman.
“Pendapat saya dia seorang usahawan tempatan yang berjaya dan saya juga suka martabatkan baju Melayu. Kalau bukan kita, siapa lagi,” katanya.
Dalam pada itu, KJ berkata dia tidak akan menolak jika ada menerima mana-mana tawaran berlakon.
“Kalau ada rezeki tawaran untuk berlakon filem dan sebagainya, insya-Allah,” katanya.
SUMBER: Kosmo