Sekian lama tak dengar cerita mengenai Instafamous ini, terbaru King Coco mengesahkan sudah pun bercerai dengan suaminya, Azrin Anas Abdul Shukor.
Bagaimanapun, Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail yang kini ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu enggan berkongsi lanjut mengenai tarikh mereka bercerai.
BACA: King Coco Tak Minat Guna Minyak Pengasih, Susuk
Terbaru, menerusi satu perkongsian Coco berkata dia juga tidak akan mendekati suami orang lagi. Coco juga mengakui dia kini single dan tiada kekasih.
Dalam pada itu, Coco berkata kedua cahaya matanya itu kini dibawah jagaannya. Coco turut menjawab mengapa tidak berkongsikan mengenai anak-anak di media sosial kerana mahu menjaga privasi mereka.
King Coco mendirikan rumah tangga dengan bekas juruterbang itu pada 1 Januari 2017. Hasil perkahwinan pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki.