Khazanah & PNB Rugi RM43.9 juta, Netizen Mahu Vivy Yusof Beri Penjelasan

Hari ini hangat diperkatakan mengenai Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd. (PNB) rugi RM43.9 juta hasil penjualan pegangan minoriti dalam syarikat Fashion Valet Sdn. Bhd.

Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulis di Parlimen berkata, Khazanah dan PNB hanya menerima RM3.1 juta daripada jualan saham tersebut.

BACA: “Daripada Khairul Aming, Saya Lebih Memilih Vivy Dapat Dana Khazanah”

Isu tersebut turut dibahaskan di media sosial dan ada netizen mahu Vivy Yusof memberi penjelasan berhubung kerugian pelaburan berkenaan.

Hasil tinjauan di laman X, seorang pengguna @JatIkhwan  berharap jika usahawan itu menjawab kepada orang awam dan pihak berkenaan mengenai hal tersebut.

“Bestnya kalau kat Malaysia ada sesi mendengar awam. Nak juga tengok Vivy Yusof menjawab kepada orang awam dan pihak berkenaan kenapa sampai pelaburan dana awam pun boleh rugi sehingga RM44 juta.

“Vivy perlu menjawab. Kita perlu memanggilya keluar (beri penjelasan), seronoklah terlepas begitu,” tulisnya.

Pada 2018, Khazanah melabur RM27 juta manakala PNB melabur RM20 juta bagi memiliki saham minoriti dalam Fashion Valet.

Pada akhir 2023, sebuah syarikat Bumiputera, NXBT Partners menawarkan diri untuk mengambil alih pegangan Khazanah dan PNB dalam Fashion Valet dan menyuntuk modal yang diperlukan syarikat itu.

×