Lama menyepi selepas Instagram miliknya dinyahaktifkan, ibu kepada pelakon sensasi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza dilihat memuat naik perkongsian terbaru di media sosial miliknya itu minggu lalu.
Terbaru, ibu kepada pelakon itu memberitahu dia menerima banyak mesej memaki hamunnya serta keluarga di Instagram, namun dia tidak membaca dan terus memadam mesej berkenaan.
BACA: “Hati Tenang Itu Sangat Mahal” – Ibu Aliff Aziz Muncul Kembali, Panjat Rasa Syukur
View this post on Instagram
“Masyaallah tabarakallah setiap hari saya terima beratus-ratus hate DM’s from cyber troopers tegar. Alhamdulillah saya tidak baca hanya terus click block dan delete kesian sebab mereka bersungguh menulis maki hamun.
“Mereka pasti penat kan tapi tidak mengapa saya maaf kan sebab they don’t know better mereka seperti seekor lembu yang dicucuk hidung,” tulisnya.
Bagaimnapun, Hafiza berkata meskipun ramai yang menghantar mesej makian namun ada yang menghantar mesej positif dan menjaga adab kepadanya.
“Allah ilhamkan untuk terbaca dm sister ini Allahuakbar ramai lagi insan hebat yang mempunyai akal yang waras untuk berfikir dan menjaga adab Alhamdulillah,” tulisnya.