Kes Saman Puteri Sarah, Ira Kazar Selesai Cara Baik

Kes saman antara pelakon Puteri Sarah dengan bekas madunya Ira Kazar serta dua ahli keluarganya selesai di Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur hari ini.

Memetik Harian Metro, perkara itu disahkan oleh peguam Puteri Ummi Kartini Abd. Latif yang mewakili Puteri Sarah selaku plaintif ketika dihubungi selepas sebutan kes secara dalam talian di hadapan Hakim Norakhmar Mohd. Sani.

BACA: Puteri Sarah Gelak Syamsul Kata Hubungan Selepas Ini Sebagai Kawan

Menurutnya, kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan kes secara baik di luar mahkamah dan mahkamah merekodkan penghakiman persetujuan itu.

“Mahkamah merekodkan penghakiman persetujuan pihak-pihak (Puteri Sarah Liyana dan Ira Kazar) pada hari ini di mana mereka menyelesaikan kes secara damai di luar mahkamah.

“Ada perkara yang sulit untuk didedahkan, jadi kes ini diselesaikan secara baik. Kes selesai. Saya mewakili Puteri Sarah selaku plaintif, manakala Ira Kazar sebagai defendan diwakili peguam, Ammar Ghalip,” katanya.

Pada 14 Jun lalu, kemelut rumah tangga pengarah sensasi, Syamsul Yusof, 39, dan Puteri Sarah berakhir apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

×