“Kes Covid-19 Naik Bukan Sebab Artis Rentas Negeri Beli Karpet”

Melihatkan kes Covid-19 yang naik mendadak, penyanyi Mimi Fly yakin bahawa penularan tersebut adalah disebabkan sikap masyarakat yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Tidak menyalahkan mana-mana pihak, Mimi berkata kes Covid-19 meningkat bukan berpunca daripada kesilapan kerajaan ataupun artis merentas negeri membeli karpet tetapi semua pihak bertanggungjawab.

BACA: Dilahirkan Tanpa Kaki, Ibu Mimi ONE Cekal Besarkan Anak

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mimifly (@mimiflyyy)

“Kes Covid-19 negara kita semakin menggila. Benda ini bukan sebab kerajaan tak buat kerja atau petugas barisan hadapan buat kerja tak betul. Bukan sebab selebriti Malaysia rentas negeri untuk beli karpet. Tidak!

“Berhenti asyik menunding jari pada kesalahan orang lain. Kita semua bertanggungjawab,” tulisnya di Instagram.

Dalam pada itu, bekas anggota kumpulan One Nation Emcees itu berkata peningkatan kes Covid-19 terjadi disebabkan sikap masyarakat yang tidak patuh dengan arahan kerajaan.

“Ada lagi yang masih ke pusat membeli-belah, masih berkumpul beramai-ramai, ziarah-menziarahi. Lepas itu tidak amalkan penjarakan sosial, memakai pelitup hidung dan mulut dengan betul, tidak sanitasi tangan dan basuh tangan sekerap mungkin,” katanya.

Di akhir perkongsiannya itu, Mimi turut menggesa orang ramai supaya mematuhi SOP yang ditetapkan serta turut sama membantu petugas barisan hadapan memutuskan rantaian Covid-19.

×