Kena Reject Banyak Kali, Wan Emir Tak Putus Asa Tawan Hati Mira Filzah

Selamat diijabkabulkan semalam, ramai yang gembira melihat pelakon cantik Mira Filzah akhirnya sudah menamatkan zaman bujang dengan jejaka pilihan hati, Wan Emir Astar yang merupakan anak kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Datin Mastura Yazid.

Namun, suami kepada bintang popular itu mendedahkan pada mulanya pelawaannya telah ditolak beberapa kali oleh Mira. Meskipun berdepan pelbagai cabaran untuk menawan hati Mira, namun dia tidak berputus asa.

BACA: Mira Filzah Sah Bergelar Isteri Wan Emir Astar Dengan Sekali Lafaz

“Saya mula sukakan Mira sejak 2016 dan ketika itu saya hanya cuba DM (mesej peribadi) dia di Instagram ,namun tidak pernah berbalas.

“Sampailah satu hari tu saya pasang niat saya mahu jadikan Mira sebagai isteri dan alhamdulilah dia balas. Saya sanggup kena ‘rejected’ dengan Mira banyak kali kerana sekurang-kurangnya saya tidak menyesal mencuba.

“Sampaikan saya pernah mesej ibu Mira sendiri kerana ketika itu saya fikir saya mahu mencuba sehabis mungkin dan tidak kisah pun dimalukan,” katanya.

Dalam pada itu, Mira memberitahu dia menerima Emir kerana kesungguhannya yang mamikat hatinya.

“Saya boleh kata effort dia sangat tinggi dan melihat kesungguhan dia saya terpikat,” katanya.

×