Kemesraan Puteri Sarah, Andi Arsyil Buat Netizen Kurang Senang

Pasti ramai tahu mengenai hubungan baik antara pelakon Puteri Sarah dan aktor Indonesia, Andi Arsyil. Malah, kedua mereka sering muncul bersama dalam siaran langsung di TikTok.

Memetik Kosmo, hasil tinjauan komen netizen ramai yang berharap hubungan baik mereka berakhir dengan berita gembira.

BACA: Puteri Sarah Bidas Komen Netizen Masih Petik Nama Bekas Suami

Bagaimanapun, ada yang kurang senang dengan kemesraan kedua-dua mereka setiap kali membuat siaran langsung bersama.

Rata-rata netizen mengatakan kedua mereka perlu menjaga batas kerana bimbang boleh menimbulkan fitnah.

“Jagalah adab sebagai wanita, jangan terlalu mesra risau timbul fitnah.

“Kalau benar ada hubungan istimewa, segeralah dihalalkan. Jangan biar lama-lama, tak manis orang kata,” komen netizen.

Difahamkan, Puteri Sarah dan Andi sering membuat live bersama bagi mempromosikan produk mereka. 

×