Kemeriahan Sekitar Sambutan Ulang Tahun Pertama Siti Aafiyah

Baru-baru ini berlangsungnya sambutan ulang tahun kelahiran pertama anak kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah Khalid. Pejam celik sekejap sahaja si comel pipi merah ini sudah memasuki usia 1 tahun.

Majlis yang diadakan di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur itu sememangnya cukup meriah dan dihadiri oleh kenalan rapat Datuk Siti dan Datuk K serta rakan-rakan artis.

BACA: Siti Nurhaliza Bukan Calon Pakatan Di PRK Semenyih

Turut kelihatan Che Ta, Jihan Muse, Amyra Rosli, Fouziah Gous, Fizo Omar dan Sharifah Shahirah antara kelibat keluarga selebriti yang hadir memeriahkan acara.

Apa yang pasti, selepas ini ramai peminat menantikan sambutan hari jadi Siti Aafiyah untuk tahun-tahun seterusnya. Dengan ini kami kongsikan beberapa gambar di sepanjang kemeriahan hari jadi Aafiyah Ahad lalu.

×