“Keluarga Merestui, Sukakan Amira” – Fattah Amin

Pelakon Fattah Amin mengakui keluarganya merestui hubungan baiknya dengan Amira Othman serta sukakan penyanyi itu. 

Memetik BH Online, Fattah berkata Amira adalah rakan artis dan rakan sekerja yang baik serta meminta orang ramai mendoakan yang baik-baik.

BACA: Fattah Amin Dah Sedia Duit Raya Untuk Fatima, Rancang Bawa Bercuti Luar Negara

“Keluarga gembira tengok saya berkawan dengan Amira. Dia rakan artis dan teman kerja yang baik.

“Saya dan Amira, hanya rakan sekerja sebab kami bekerjasama, itu sahajalah. Doa yang baik-baik, tapi apapun saya dan Amira, berkawan,” katanya.

Sementara itu, Amira yang kini berada di Tanah Suci Mekah bagi mengerjakan ibadah umrah, Fattah berkata dia ada mengirimkan doa.

“Dia pergi pada masa yang terbaik iaitu doa mustajab pada 10 malam terakhir Ramadan. Jadi, ada doa yang saya kirimkan, semoga doanya dimakbulkan,” katanya.

SUMBER: BH Online

×