Kelab Peminat Tampil Backup, Ning Baizura Hanya Baca Komen

Sejak semalam hangat diperkatakan apabila tular video memaparkan penyanyi Ning Baizura dikecam oleh netizen gara-gara tidak mengatahui maksud Rafah.

Menerusi video itu, Ning sedang membuat siaran langsung di Instagram membaca komen netizen yang menulis ‘All Eyes on Rafah’. 

BACA: “Dah La Nyanyi Pun Tak Sedap, Teruk Gila Tak Tahu Rafah” – Netizen

Bagaimanapun, kelab peminat penyanyi itu tampil mempertahankan Ning bahawa video pendek yang tular tular itu menimbulkan salah faham netizen.

Menurut mereka, Ning hanya membaca komen yang ditulis netizen dan ayat ‘siapa tu’ merujuk kepada siapa yang meninggalkan komen berkenaan.

Kata kelab peminat itu lagi, video pendek tersebut telah menimbulkan spekulasi sedangkan penyanyi itu sudah membuat kutipan untuk disumbangkan kepada Gaza sejak Ramadan lalu.

Dalam perkongsian lain, kelab peminat penyanyi itu turut menyertakan bukti video mengenai kutipan dana dan meminta orang ramai supaya periksa fakta sebelum menuduh.

×