Kek Kahwin Sean Lee Guna 5Kg Buah Strawberi Import Dari Amerika Syarikat

Beberapa hari lalu, pelakon dan pengacara Sean Lee mengejutkan ramai apabila sudah pun berkahwin dengan wanita pilihan hati, Bay Doucet yang juga merupakan seorang model.

Turut menjadi perhatian kek pasangan itu yang sememangnya lain daripada yang lain apabila tidak seperti kebiasaan sebaliknya hanya dipenuhi dengan strawberi segar.

Memetik Astro Gempak, individu di sebalik kek berkenaan iaitu Shazwan berkata pada awalnya mereka tidak tahu kek yang ditempah adalah untuk Sean dan isteri.

“Wakil dari KAMI Weddings menghubungi kami mengenai kek ini sebab kita pernah buat kek yang sama sekitar Mac lalu.

“Kek-kek yang kami buat mengikut standard saiz ‘designer cake’. Kita tak pernah buat cake bersaiz besar and it semestinya memberikan cabaran buat kami,” katanya.

Menurutnya lagi, kek berkenaan telah menggunakan 5 kilogram strawberi yang diimport dari Amerika Syarikat bagi memenuhkan bahagian permukaan kek berkenaan.

Difahamkan, harga kek yang ditempah itu sekitar RM2,500 termasuk dengan caj penghantaran bagi sekitar Lembah Klang.

“Kami guna sekurang-kurangnya 20 kotak strawberi yang secara total seberat 5 kilogram. Harga kek seperti kek perkahwinan Sean Lee itu adalah RM2,500 termasuk penghantaran sekitar Lembah Klang,” katanya.

SUMBER: Astro Gempak

×